Thursday, 24 January 2013

Pulau Langkawi

Hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi sambil menghadiri majlis kenduri kahwin seorang adik teman...

Selain tu melawat bapa saudara yang tinggal kat sana, lama juga lah dah tak balik Langkawi..

Kami pergi ikut Jeti Kuala Perlis..dekat cket berbanding Kuala Kedah..Tambang feri sekarang RM18 perhead.


Trademark Langkawi Island

Kami bermalam kat Kuala Perlis sbb nak naik bot pagi..Ya Allah orang punya la ramai..sesak kat jeti. Nasib baik feri yang kami naik tu besar n dpt seat depan pintu kecemasan so luas la cket blh la letak barang kat depan..

Balik kali ni tak boleh nak shoping sbb susah ada anak kecil..eemm kalau tak bli gak la Correl/Corningware tu..Hai rambang mata tgk harga murah2 n cantik2 semua pinggan mangkuk n set gelas...yang tak ada brand pun elok2, boleh la kalau nak pakai hari2 tu @ bg hadiah kat kwn2/saudara mara yg nak kahwin.

Kalau balik Langkawi mesti nak makan kat kedai Siti Fatimah..masakan ala kampung..selera saya

Antara tempat yang menarik kat Langkawi ialah Cable Car, Underwater World (akuarium), Pantai Tanjung Rhu, p pulau, Tasek Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Galeri Mahathir..

Underwater World Langkawi
 

Pantai Tanjung Rhu

Telaga Air Hangat

 




Sunday, 20 January 2013

Rumah P. Ramlee

Hendak ku nangis 
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib sudah tersurat
Begini hebat 
Apa nak buat

Dimana kan ku cari ganti...
Serupa dengan mu....




Begitulah antara ungkapan lirik lagu Di mana kan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara yang famous dan diminati sehingga sekarang..

Selain itu antara koleksi tinggalan allahyarham terdapat di Rumah P. Ramlee yang terletak di Jalan P.Ramlee, P. Pinang. Nak tengok Rumah P. Ramlee x payah kena apa2 bayaran tiket free of charge je. Masuk adalah percuma!!Mai pakat mai.. Dibuka tiap-tiap hari kecuali hari Isnin ditutup. Kalau cuti sekolah hari Isnin dibuka.




Dalam galerinya terdapat sedikit sebanyak cerita mengenai P. Ramlee, gambar2 n koleksi peribadi sepert mesin taip yang digunakan untuk menulis lirik lagu dan baju2 yang selalu dipakai oleh allahyarham. Di dalam Rumah P. Ramlee pula terdapat mengenai diri P. Ramlee, ruangan dapur, bilik tidur dan ruangan seni & sukan.


Wednesday, 16 January 2013

Kerabu Sotong

Ari ni masak kerabu sotong pulak let's try this recipes....

Bahan-bahan A:
400gm sotong
Suhun
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
sedikit garam
4-5 biji limau kasturi
Kacang tanah (goreng tanpa minyak)

Bahan B (yang dihiris):
1 labu bawang besar
5 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit kacang panjang, carrot, mempelam, tomato (buang biji)-boleh je nak letak sayur apa2

Cara-cara:
Rebus sotong sekejap...jangan lama nanti sotong jadi keras. Kemudian masukkan bahan-bahan A dan B ke dalam bekas dan gaul bersama...senang je nak buat ni..makan bersama nasi panas-panas best!



Sunday, 13 January 2013

Masak-masak Hujung Minggu


Mmm hari ni dalam peti ais ada daging kambing..so nak try masak kari kambing r..first time masak ni biasa makan kat tempat kenduri jerr...harap2 jadik r...

Mula2 tu try cari resepi dalam cik google...ada la mcm2 style contohnye kari utara, kari mamak...so saya masak style saya la ikut bahan yang ada kat dapur ari tu r..

Mulakan dengan Bismillah..apa nak jadi, jadi la labu. Akhirnya, tada..


Kari Kambing

Sambil tu masak ayam goreng, ikan terubuk masin dari Sarawak(pembangkit selera), buat acar timun cket cukup r untuk makan tengahari.


Terubuk masin

Acar timun





Cameron Highlands



              Cameron Highlands here we come...meet again.. ntah kali yang ke berapa kami berkunjung ke kawasan peranginan ni. Cuaca nya yang sejuk dan udara yang segar membuatkan kami sekeluarga suka berkunjung ke sini.



Tempat yang paling digemari oleh my hubby ialah Big Red Strawberry Farm. kat sini ada tempat petik strawberi, kedai souvenir, kaktus, bunga, tempat makan. Menu yang digemari ialah pancake dengan aiskrim n letak buah strawberi kat atas tu, selain tu menu buah strawberi with yougart, ice bland with strawberi. Banyak lagi menu yang ada kat sini.. strawberi celup coklat, salad, etc...
Fresh Salad
Yummy..
                          











Masa kami pergi hari tu hari sabtu so boleh pergi pasar malam yang dekat Brinchang. Kat sini crowded n susah parking tapi disebabkan terdapat bermacam-macam barang termasuk souvenirs dan makanan, sayur2, bunga, fresh strawberi n strawberi jeruk@ kering, madu pun ada dijual... so kami singgah juga walau nak parking susah cket, sbb nak cari jagung manis.. kat sini banyak gerai menjual bermacam-macam jenis makanan.


Macam-macam sayur da..

Selain tu kita boleh pergi ke Rose Valley, Butterfly Farm/Garden, Cactus Valley, Ladang Tea, Kea Farm.
Macam kat ladang teh kita boleh beli macam2 jenis teh..ada teh perisa strawberi, limau dan macam2 brand yang boleh kita dapati kat sini..Kat sini juga boleh minum hot tea sambil menikmati pemandangan yang menghijau dari atas bukit ni..


       
 Strawbery Farm
Butterfly Farm


             
Cactus 
Bee Farm


                 


View yang sangat cantik kan..
Rose ..i like it
Ladang Teh

Thursday, 3 January 2013

Jalan-jalan

Pagi ni Hubby bawa kami anak beranak pergi jalan-jalan tengok matahari naik di Penang Court kat area Jelutong..Kat sini biasa orang jogging n kayuh basikal sambil ambil angin n tgk pemandangan tepi laut..nice view. Dari sini kita boleh nampak Jambatan Pulau Pinang, kapa-kapal berlabuh n feri..Cantik anugerah ilahi...alhamdulilah kerana masih berpeluang menyedut udara yang segar dan melihat ciptaanNya.
Sofea dengan gayanya yang tersendiri

Lepas tu p ambik gambar mural di bangunan sekitar Pulau Pinang. Inilah antara gambar-gambar yang diambil pada hari tu...
                                                                                                                           
Nak ambik apa tu..Sofea
Defend la Sofea jangan asyik dok posing jeer...
Sofea sedang membonceng motor..

Lepas ni..p cari durian kat Balik Pulau...eemm yummy..Nampak nye dapat durian yang paling besar kat sini hehe...



Replika durian di Balik Pulau




















Wednesday, 2 January 2013

Pantai Teluk Bahang

Lepas pergi taman rama-rama esoknye aktiviti berkelah di tepi pantai...pantai apa ye tak sure r tp area Batu Feringgi mmm Teluk Bahang kot..So pagi2 aku bangun untuk masak sikit buat bekal. Masak bihun goreng, buah n buat sosej jerr..for my little cute boy buat bubur nasi je la..Dalam pkl 9.00 am bertolak ke sana..


Sungguh cantik !
My hubby bawa khemah untuk rileks2 selepas main pantai..Masa sampai tu orang tak la ramai lagi..Mula2 cari port nak buat khemah, aku dan anak2 tunggu n lihat je hubby pasang khemah tu...Lepas tu tukar baju n p mandi r apa lagi...Happy tengok sofea n ayahnya main tanam badan kat dalam pasir pantai..Mula2 anak n lepas tu ayahnye pulak kena tanam..hehe




Lepas tu pergi cari kulit kerang kat tepi pantai tu dapat gak r cket..

Kat sana ada gak family yang buat BBQ nampak best gak tgk diaorang..makan2 sambil bakar ayam, ikan..ada gak yang memancing ikan kat atas batu..kat situ gak blh naik bot, pusing2 area situ. Pak cik bot tu minta RM10 sorang..Kami satu family nak naik bot tu tp sbb dah tak cukup org pak cik tu x mau bawa kami..mula tu ingat mcm dapat naik tp dah ada org tu cancel x jadi nak naik so kami pun x boleh r nak p pusing2 area pantai tu naik bot..kalau x mesti best!

Dekat pukul 1 baru bersiap-siap nak pulang ke rumah n on the way tu singgah makan dulu r...

Lastly singgah solat kat Masid Terapung kat Tanjung Bungah..


Taman Rama-rama Penang

Tiket masuk
Arini cuti Krismas my hubby bawa pergi jalan-jalan sekitar Penang...Tempat pertama yang dituju ialah ke Penang Butterfly Farm. Tiket masuk untuk dewasa RM18 dan kanak-kanak RM10. Masa masuk tu dapat la buku sbg souvenir..dalam tu ada la gambar rama-rama dan serangga yg lain lagi..

Anakku Sofea bukan main suka lagi dapat buku tu kerana ia berbentuk rama-rama..(nama lagi p taman rama-rama kan for sure r dpt. buku mcm trademark kat situ kan?) sbb kat dalam buku ni disediakan ruang utk cop/stamp nature ambassadors. Ruangan ini dinamakan 'stamping garden'. Kira mcm buat exercise r lepas tgk blh main cop-cop pula..

Souvenir taman rama-rama
Butterflies & caterpillars

Ramai gak la orang yang datang ke sini...Kat sini boleh tengok bermacam-macam jenis rama-rama. Selain itu terdapat gak la serangga-serangga yg lain lagi...Kat sini juga ditunjukkan cara pembiakan serangga2 tersebut. Menarik gak la!

Sofea dan Afiq


My little prince charming


Banyak cenderahati yang dijual kat sini semua cantik2..macam nak beli semua jerr he..he Ini ialah nature ambassadors kat taman ni..