Hendak ku nangis
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib sudah tersurat
Begini hebat
Apa nak buat
Dimana kan ku cari ganti...
Serupa dengan mu....
Begitulah antara ungkapan lirik lagu Di mana kan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara yang famous dan diminati sehingga sekarang..
Selain itu antara koleksi tinggalan allahyarham terdapat di Rumah P. Ramlee yang terletak di Jalan P.Ramlee, P. Pinang. Nak tengok Rumah P. Ramlee x payah kena apa2 bayaran tiket free of charge je. Masuk adalah percuma!!Mai pakat mai.. Dibuka tiap-tiap hari kecuali hari Isnin ditutup. Kalau cuti sekolah hari Isnin dibuka.
Dalam galerinya terdapat sedikit sebanyak cerita mengenai P. Ramlee, gambar2 n koleksi peribadi sepert mesin taip yang digunakan untuk menulis lirik lagu dan baju2 yang selalu dipakai oleh allahyarham. Di dalam Rumah P. Ramlee pula terdapat mengenai diri P. Ramlee, ruangan dapur, bilik tidur dan ruangan seni & sukan.
No comments:
Post a Comment