![]() |
Kawan-kawan yang datang semasa majlis |
![]() |
Diapit oleh dua dara pingitan... |
Kemudian 2 hari lepas tu Majlis kenduri kesyukuran di rumahku pula iaitu pada 12 Februari. Kami di kampung masih mengamalkan gotong royong untuk memasak juadah untuk kenduri. Baru la nampak meriah sedikit bila jiran2 dan family datang dan sama2 masak. Majlis akikah anak lelakiku dibuat sekali dengan majlis ini..Kebiasaannya awal pagi bahagian orang lelaki la iaitu sembelih lembu dan kambing serta memasaknya. Manakala kaum ibu pula bahagian masak nasi, buat ayam goreng berempah, kari ikan kering, sambal belacan, sambal ikan bilis, acar umbuk kelapa, acar timun.
Ramai juga la saudara mara yang dekat/jauh datang n termasuk lah kawan2 adikku untuk turut sama2 meraikan. Menantu baru disambut dengan pancak silat walaupun sedikit bergerimis ketika pengantin perempuan tiba..
Souvenir untuk para tetamu dan kawan2 yang datang disediakan pada malam sebelum kenduri dan pada pagi tu tengok macam tak cukup tambah pula dengan gula2. Souvenir bunga telur n untuk kawan2 n saudara mara terdekat dapat special sedikit iaitu tambahan coklat
![]() |
Bunga Telur |
No comments:
Post a Comment