Friday, 29 March 2013

Ikan 3 Rasa

Nak masak ikan 3 rasa ni senang ja tp sedap ka tak ..tak tau la..boleh try dulu

Bahan:
1 ekor ikan bawal/siakap (ikut citarasa nak letak ikan apa)
Tepung jagung (utk salut ikan)
1 biji bawang besar (mayang)
2 ulas bawang putih
halia cket
Minyak utk goreng ikan

Bahan Sos:
3 Sudu Besar Sos Tomato
3 Sudu Besar Sos Cili
Sedikit Sos Tiram
sedikit air
Nenas potong dadu
1 biji tomato
Cili Besar (Letak Lada Benggala pun ok)

Cara-cara:
Letak garam sedikit pada ikan, kemudian salut ikan dengan tepung jagung.
Goreng ikan sehingga masak kemudian untuk sos tumis bawang putih, halia + bawang yang
dimayang kemudian masukkan semua sos dan kacau serta masukkan sedikit air. Akhir sekali masukkan nenas, tomato + lada benggala serta ikan yang telah digoreng tadi.
Hidang bersama dengan nasi panas mmm best.

Thursday, 28 February 2013

Mee Ketam

Kat kampungku, Orang cakap Mee Ketam kat sini best n famous..so aku pun nak try r..maklum la bila dengar orang cakap best ..mula la mengidam nak makan n nak try..mm ok r not bad banyak lauk pauk dalam mee tu selain ketam, ada juga la sotong n udang..



Harga pun boleh tahan la juga..Ni tak makan kat kedai tu bungkus bawa balik makan kat umah..beli untuk 3 orang makan n boleh share untuk 6 orang makan..tp tak la makan banyak..


 
 

Kenduri

Cuti Chinese New Year kali ni, cuti panjang balik kampung..Adik lelaki tunggalku melangsungkan perkahwinannya. Kenduri belah perempuan 10 Februari.

Kawan-kawan yang datang semasa majlis

Diapit oleh dua dara pingitan...

Kemudian 2 hari lepas tu Majlis kenduri kesyukuran di rumahku pula iaitu pada 12 Februari. Kami di kampung masih mengamalkan gotong royong untuk memasak juadah untuk kenduri. Baru la nampak meriah sedikit bila jiran2 dan family datang dan sama2 masak. Majlis akikah anak lelakiku dibuat sekali dengan majlis ini..Kebiasaannya awal pagi bahagian orang lelaki la iaitu sembelih lembu dan kambing serta memasaknya. Manakala kaum ibu pula bahagian masak nasi,  buat ayam goreng berempah, kari  ikan kering, sambal belacan, sambal ikan bilis, acar umbuk kelapa, acar timun. 

Ramai juga la saudara mara yang dekat/jauh datang n termasuk lah kawan2 adikku untuk turut sama2 meraikan. Menantu baru disambut dengan pancak silat walaupun sedikit bergerimis ketika pengantin perempuan tiba..

Souvenir untuk para tetamu dan kawan2 yang datang disediakan pada malam sebelum kenduri dan pada pagi tu tengok macam tak cukup tambah pula dengan gula2. Souvenir bunga telur n untuk kawan2 n saudara mara terdekat dapat special sedikit iaitu tambahan coklat

Bunga Telur


Thursday, 24 January 2013

Pulau Langkawi

Hari Sabtu yang lepas, kami sekeluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi sambil menghadiri majlis kenduri kahwin seorang adik teman...

Selain tu melawat bapa saudara yang tinggal kat sana, lama juga lah dah tak balik Langkawi..

Kami pergi ikut Jeti Kuala Perlis..dekat cket berbanding Kuala Kedah..Tambang feri sekarang RM18 perhead.


Trademark Langkawi Island

Kami bermalam kat Kuala Perlis sbb nak naik bot pagi..Ya Allah orang punya la ramai..sesak kat jeti. Nasib baik feri yang kami naik tu besar n dpt seat depan pintu kecemasan so luas la cket blh la letak barang kat depan..

Balik kali ni tak boleh nak shoping sbb susah ada anak kecil..eemm kalau tak bli gak la Correl/Corningware tu..Hai rambang mata tgk harga murah2 n cantik2 semua pinggan mangkuk n set gelas...yang tak ada brand pun elok2, boleh la kalau nak pakai hari2 tu @ bg hadiah kat kwn2/saudara mara yg nak kahwin.

Kalau balik Langkawi mesti nak makan kat kedai Siti Fatimah..masakan ala kampung..selera saya

Antara tempat yang menarik kat Langkawi ialah Cable Car, Underwater World (akuarium), Pantai Tanjung Rhu, p pulau, Tasek Dayang Bunting, Telaga Tujuh, Galeri Mahathir..

Underwater World Langkawi
 

Pantai Tanjung Rhu

Telaga Air Hangat

 




Sunday, 20 January 2013

Rumah P. Ramlee

Hendak ku nangis 
Tiada berair mata
Hendak ku senyum
Tiada siapa nak teman
Kalaulah nasib sudah tersurat
Begini hebat 
Apa nak buat

Dimana kan ku cari ganti...
Serupa dengan mu....




Begitulah antara ungkapan lirik lagu Di mana kan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee antara yang famous dan diminati sehingga sekarang..

Selain itu antara koleksi tinggalan allahyarham terdapat di Rumah P. Ramlee yang terletak di Jalan P.Ramlee, P. Pinang. Nak tengok Rumah P. Ramlee x payah kena apa2 bayaran tiket free of charge je. Masuk adalah percuma!!Mai pakat mai.. Dibuka tiap-tiap hari kecuali hari Isnin ditutup. Kalau cuti sekolah hari Isnin dibuka.




Dalam galerinya terdapat sedikit sebanyak cerita mengenai P. Ramlee, gambar2 n koleksi peribadi sepert mesin taip yang digunakan untuk menulis lirik lagu dan baju2 yang selalu dipakai oleh allahyarham. Di dalam Rumah P. Ramlee pula terdapat mengenai diri P. Ramlee, ruangan dapur, bilik tidur dan ruangan seni & sukan.


Wednesday, 16 January 2013

Kerabu Sotong

Ari ni masak kerabu sotong pulak let's try this recipes....

Bahan-bahan A:
400gm sotong
Suhun
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
sedikit garam
4-5 biji limau kasturi
Kacang tanah (goreng tanpa minyak)

Bahan B (yang dihiris):
1 labu bawang besar
5 biji cili padi
1 biji cili merah
Sedikit kacang panjang, carrot, mempelam, tomato (buang biji)-boleh je nak letak sayur apa2

Cara-cara:
Rebus sotong sekejap...jangan lama nanti sotong jadi keras. Kemudian masukkan bahan-bahan A dan B ke dalam bekas dan gaul bersama...senang je nak buat ni..makan bersama nasi panas-panas best!



Sunday, 13 January 2013

Masak-masak Hujung Minggu


Mmm hari ni dalam peti ais ada daging kambing..so nak try masak kari kambing r..first time masak ni biasa makan kat tempat kenduri jerr...harap2 jadik r...

Mula2 tu try cari resepi dalam cik google...ada la mcm2 style contohnye kari utara, kari mamak...so saya masak style saya la ikut bahan yang ada kat dapur ari tu r..

Mulakan dengan Bismillah..apa nak jadi, jadi la labu. Akhirnya, tada..


Kari Kambing

Sambil tu masak ayam goreng, ikan terubuk masin dari Sarawak(pembangkit selera), buat acar timun cket cukup r untuk makan tengahari.


Terubuk masin

Acar timun